Sabtu, 20 Oktober 2012

Jurnal Akademik


Penghargaan

Ucapan terima kasih ditujukan kepada Pensyarah kursus GKK 3144 Seramik Seni Halus,Encik Awangko Hamdan Awang Arshad kerana sudi mendedahkan kami dengan program kerja lapangan akademik seramik di Nanga Sumpa.Terima kasih juga ditujukan kepada Pensyarah,Encik Mohamad Zamhari Bin Abol Hassan yang sudi mengiringi kami ketika menjalankan kerja lapangan ini.Ribuan terima kasih  diucapkan kepada Tuan rumah panjang Masyarakat Iban Nanga Sumpa Sarawak,Encik Dugah Anak Rajau.Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Encik Andah Anak Lembang yang sudi memberi tunjuk ajar kepada kami cara-cara  pembuatan periuk tradisional Iban Sarawak.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kawan-kawan seperjuangan kerana sudi menjayakan program kerja lapangan akademik seramik di Nanga Sumpa ini.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada semua penduduk  rumah panjang Nanga Sumpa Sarawak kerana sudi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada kami.Kemudahan perkhidmatan yang diberikan seperti  pengangkutan air dan penginapan di rumah panjang menjadikan  kami menjalankan kajian ini dengan lebih baik lagi.Penduduk rumah panjang di sini turut sama berkongsi ilmu pengetahuan kepada kami tentang keunikan dan kesenian yang terdapat di Nanga Sumpa.Segala budi dan jasa baik kalian hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.
Pelajar berasa amat bertuah kerana dapat mengikuti kursus GKK 3144 SeramikSeni Halus  ini.Melalui kursus ini,pelajar dapat mempelajari banyak perkara baru setelah menjalani kerja lapangan akademik seramik di Nanga Sumpa Sarawak.Selain itu,pelajar juga cukup bertuah kerana dapat menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat disepanjang perjalanan ke Nanga Sumpa,Sarawak. Pelajar berasa amat bertuah sepanjang menjalani program  ini  kerana pelajar telah  memperoleh banyak idea baru.Pelajar bercadang untuk melakukan pengaplikasian jalinan bakul mengkuang ke dalam karya seramik.Idea ini  telah diperoleh  ketika berada di Nanga Sumpa,Sarawak,  dan  menjadi tugasan kepada pelajar untuk menyediakan sebuah jurnal akademik tentang “pengaplikasian jalinan bakul mengkuang  ke dalam karya seramik”. Segala perkara baru yang diperolehi ketika menjalani program  kerja lapangan akademik seramik di Nanga Sumpa , diharap agar dapat diketengahkan oleh pelajar ke dalam bidang pengajian GKK 3144 seramik seni halus.


Abstrak

Tujuan program kerja lapangan akademik seramik ini dijalankan adalah bagi memenuhi sukatan pelajaran kursus GKK 3144 Seramik Seni Halus.Melalui kursus ini pelajar dikehendaki menyediakan sebuah jurnal akademik tentang kajian yang diperolehi oleh pelajar sepanjang menjalani program kerja lapangan akademik di Nanga Sumpa,Sarawak.Hasil kajian yang diperolehi oleh  pelajar diharap dapat diketengahkan ke dalam bidang seramik seni halus.Sepanjang program ini berlangsung, pelajar sering memberi tumpuan kepada keunikan dan kesenian yang terdapat di sekitar kawasan Nanga Sumpa Sarawak.Keunikan yang terdapat di sana adalah seperti keindahan flora dan fauna,keunikan seni budaya masyarakat rumah panjang,keunikan dan kesenian yang terdapat pada barangan kraf tangan serta pelbagai lagi keunikan  lain yang terdapat di sana.Program kerja lapangan akademik seramik di Nanga Sumpa Sarawak  sedikit sebanyak telah  membuka minda pelajar untuk menjalani kursus GKK 3144 Seramik Seni Halus.
Pelajar memulakan kajian dengan memerhati faktor geografi yang terdapat di sekitar kawasan Nanga Sumpa Sarawak.Kekayaan hasil bumi hutan di Nanga Sumpa Sarawak mendorong penduduk  di sini menjalankan aktiviti harian mereka seperti membuat barangan kraf tangan.Contoh barangan kraf yang dihasilkan di sini adalah seperti anyaman  tikar mengkuang,anyaman bakul rotan,pembuatan tembikar secara tradisional dan berbagai-bagai lagi barangan  kraf tangan yang lain .Semua bahan yang digunakan untuk membuat barangan kraf tangan diperoleh di sekitar kawasan hutan yang berdekatan.
Setelah membuat pemerhatian terhadap barangan kraf tangan tersebut,pelajar berasa amat tertarik sekali apabila melihat keunikan  dan kesenian yang terdapat pada jalinan bakul yang diperbuat daripada  mengkuang.Dari situ,pelajar memperoleh idea untuk membuat pengaplikasian jalinan bakul mengkuang tersebut ke dalam karya seramik.Terdapat beberapa jenis jalinan yang berlainan digunakan oleh masyarakat Iban Nanga Sumpa Sarawak bagi menghasilkan bakul mengkuang.Motif flora dan fauna juga turut menjadi hiasan pada jalinan bakul mengkuang tersebut.
Kesimpulannya,program kerja lapangan akademik seramik ke Nanga Sumpa Sarawak telah memberi ilham kepada pelajar untuk membuat pengaplikasian jalinan bakul mengkuang  ke dalam karya seramik.Selain itu,keunikan flora dan dan fauna serta keindahan seni dan budaya yang terdapat di sepanjang program  kerja lapangan akademik di Nanga Sumpa Sarawak sedikit sebanyak telah  membuka minda pelajar untuk menjadi lebih kreatif  dan  inovatif untuk menghasilkan karya seramik.




Pengenalan

Bakul yang diperbuat daripada mengkuang sering kali menjadi buah tangan kepada pelancong yang berkunjung ke Nanga Sumpa,Sarawak.Mereka memilih bakul sebagai buah  tangan kerana mereka  tertarik dengan jalinan yang terdapat pada bakul mengkuang tersebut.Terdapat berbagai jenis jalinan yang digunakan oleh masyarakat disini untuk membuat bakul mengkuang.Selain itu,bakul mengkuang juga mempunyai berbagai  motif  flora dan fauna. Selain daripada bakul yang dibuat menggunakan mengkung,terdapat juga beberapa buah bakul yang diperbuat daripada rotan Setelah pelajar mengetahui bahawa jalinan bakul mengkuang mempunyai nilai kesenian dan keunikan yang tersendiri,pelajar kemudiannya memperoleh idea untuk membuat  pengaplikasian jalinan bakul mengkuang tersebut ke dalam karya seramik.
Tujuan pelajar melakukan pengaplikasian jalinan bakul mengkuang ke dalam karya seramik adalah kerana pelajar mahu mengekalkan ciri dan identiti Sarawak di dalam berkarya.Selain itu,pelajar bercadang untuk menggabungkan seramik dengan kaedah lain seperti “photo transfer” sebagai cara mengkontemporarikan seni seramik.”Photo transfer” boleh dilakukan pada karya seramik bagi menggambarkan corak serta motif flora dan fauna yang pada bakul mengkuang tersebut.Setelah pelajar memerhati sendiri beberapa buah bakul mengkuang yang dijual di kawasan rumah panjang Nanga Sumpa,Sarawak,pelajar mula menyedari bahawa jalinan pada bakul mengkuang tersebut boleh diaplikasikan ke dalam karya seramik.Pelajar  telah membuat temu-ramah dengan beberapa orang penghuni rumah panjang bagi mengetahui lebih lanjut tentang pembuatan  bakul mengkuang.Pelajar memilih jalinan bakul mengkuang untuk diaplikasikan pada seramik kerana jalinannya lebih halus serta motif  flora dan fauna pada bakul mengkuang tersebut juga lebih jelas.Kaedah “photo transfer” boleh dibuat pada  permukaan seramik tersebut bagi menggambarkan motif flora dan fauna yang bercirikan identiti Sarawak.Hasil yang akan diperoleh melalui pengaplikasian jalinan bakul mengkuang ke dalam karya seramik lebih menarik dan kontemporari apabila digabungkan bersama kaedah “photo transfer”.


Lampiran


 Bakul yang diperbuat daripada rotan

keunikan bakul yang dibuat daripada rotan

  Mengkuang pada bakul
                      
 Motif yang sangat menarik pada mangkuang

 Bakul mengkuang yang seperti beg galas

 Beberapa kraftangan yang dibuat daripada mengkuang


 Motif Sarawak yang sangat unik

 Penghuni rumah panjang menanti kedatangan pengunjung

 Pelajar  memerhati barangan kraf di rumah panjang

 Beberapa barangan kraf yang terdapat di rumah panjang

 Bakul mengkuang dan rotan

 Pengunjung memilih buah tangan untuk di bawa pulang

 Pengunjung menunjukkkan motif pada kraftangan

 Pengunjung merasai kesan visual pada barangan kraftangan

 Terdapat banyak bakul mengkuang dan rotan di rumah panjang



 Memilih dan membeli bakul mengkuang

                                        
 Penutup

Kesimpulannya,Negeri Sarawak mempunyai banyak keunikan dan kesenian yang tersendiri.Program kerja lapangan akademik seramik ke Nanga Sumpa Sarawak sedikit sebanyak telah membuka minda pelajar tentang keunikan dan kesenian yang terdapat di Sarawak. Pelajar berasa sangat kagum setelah melihat  kesenian dan keunikan yang terdapat pada bakul mengkuang penduduk rumah panjang Nanga Sumpa Sarawak.Kesenian pada jalinan bakul mengkuang tersebut  mendorong pelajar untuk membuat pengaplikasian jalinan bakul mengkuang tersebut ke dalam karya seramik.
Segala yang diperolehi oleh pelajar sepanjang program kerja lapangan akademik seramik di Nanga Sumpa Sarawak diharapkan agar dapat diketengahkan oleh pelajar di dalam pembelajaran seramik seni halus.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan